Saturday 23 February 2013

BERBASIKAL BUKIT DI JANDA BAIK, PAHANG

22/2/2013 - Membuat kayuhan penjelajahan kawasan pendalaman Janda Baik, Pahang. Kawasan pendalaman ini sangat menarik dengan laluan tanah merah dan berbatu batan, berlopak juga berair. Teknik imbangan badan diperlukan semasa pendakian dikawasan tanah merah yang berair kerana tayar berputar setempat dan basikal bergerak amat perlahan. Tanpa imbangan yang baik , anda akan tumbang dan badan akan bergelumbang dengan lumpur.

Semasa melalui kawasan kebun sayur yang berbecak, dapat mengambil peluang beramah tamah dengan para petani yang ikhlas mengukir senyuman tanpa sebarang unsur-unsur negatif. Amat terasa keikhlasan penduduk kampung berbanding dengan penduduk bandar seperti Kuala Lumpur dalam berkomunikasi dengan pendudukan kampung yang juga adalah petani di Janda Baik.

Hati amat terhibur dan secara tidak lansung ini merupakan terapi emosi kepada pengayuh basikal bukit. Saranan saya kepada penggemar sukan basikal....jom jelajah pendalaman Janda Baik....


Fizikal pendalaman Janda Baik,Pahang












Sunday 17 February 2013

JANDA BAIK, PAHANG - 71KM


17 Februari 2013 - Membuat kayuhan ke Janda Baik, Pahang. Jarak sejauh 71km, suhu 23.4 'C, ketinggian 1,029 meter dari paras laut, pembakaran kalori sebanyak 1,904' cal. Melalui laluan Gombak Utara - Genting Sempah - Janda Baik - Kampung Chemperoh.

Makanan istimewa di kampung Chemperoh ialah lempeng dan ayam kampung bakar disamping kuah hijau dan pancake. Janda baik memjanjikan suasana dan persekitaran kampung dengan kehijauan hutan dan menjanjikan suhu yang nyaman di bawah paras bacaan 23.4' celcius.

Laluan ke Janda Baik agak berbukit bukau dengan ketinggian 1,029 meter dari paras laut dan agak mencabar bagi pengemar sukan basikal yang masih baru.











Tuesday 12 February 2013

CYBERJAYA

12 Februari 2013 - Membuat kayuhan di Cyberjaya sejauh 64km. Hampir menamatkan pusingan kedua rantai basikal terputus semasa "off saddle" memecut mendaki bukit di hadapan balai bomba Cyberjaya. Kemungkinan saya tidak sesuai menggunakan groupset Sram Force kerana gaya kayuhan saya yang agak kasar.

Groupset Sram Force memang di akui ringan dan bagus untuk memecut tetapi agak rapuh untuk gaya kayuhan kasar dengan istilah "attack" bukit di kalangan pengayuh basikal lumba. Kebetulan groupset Sram Force ini jarang saya bawa berkayuh dan kalau di kira dalam ingatan saya hanya 3 kali sahaja dibawa berkayuh oleh anak-anak saya.