Sunday 19 May 2013

RIDE WITH GMDLCC [PUTRAJAYA]

19 Mac 2013 - Membuat kayuh laluan Putrajaya bersama 10 orang penggemar sukan basikal. Laluan agak mencabar setelah 2 minggu tidak terlibat dalam aktiviti kayuhan. Namun setelah melihat kawan-kawan begitu bersemangat dalam kayuhan, semangat untuk menghabiskan kayuhan tersemai secara peringkat berperingkat. Apa yang dapat dipelajari dari kayuhan tanggal ini ialah "bertapa bersyukurnya diri bila DIANUGERAHKAN nikmat kesihatan dalam kehidupan dan mampu aktif dalam sukan basikal untuk menjana kesihatan diri.

Bersama ini diabadikan video kayuhan untuk tatapan umum sukan basikal semua.












Friday 3 May 2013

"HARDER AND FASTER" HULU LANGAT - PUTRAJAYA RIDE

28 April 2013 - Berlatih kayuhan "Faster and Harder" untuk mendapat "average speed" pada paras 42km sejam. Jarak kayuhan sejauh 73km dari Hulu Langat ke Putrajaya. Sebahagian kayuhan dirakam untuk tujuan perkongsian maklumat antara peminat sukan basikal.

Jadual asal laluan ialah Hulu Langat - Putrajaya - Hulu Langat tetapi terpaksa dibatalkan pada jarak 73km disebabkan  tayar Tobular Continental terkoyak akibat taburan pecahan kaca di atas jalanraya.