24 Mac 2013 - Membuat kayuhan Bukit Antu Loop setelah 6 bulan tidak berbasikal di laluan ini sejak kejadian tanah runtuh tahun 2012. Sebahagian daripada laluan mendaki Bukit Antu ini masih belum dibaiki menyebabkan sebahagian jalan berturap hanya boleh digunakan separuh sahaja.
Laluan ini agak mencabar bagi penggemar sukan basikal kerana :
LALUAN DARI BATU 14, HULU LANGAT:
1. 50 meter pertama gradian mendaki pada kadar 7%
2. 100 meter kedua gradian mendaki pada kadar 8%
3. 100 meter ketiga gradian mendaki pada kadar 9.2%
4. 100 meter ketiga gradian mendaki pada kadar 10%
5. Lebihan meter seterusnya pada gradian yang berbagai seperti 4, 5, 6 peratus.
LALUAN DARI SUNGAI TEKALA, HULU LANGAT:
1. 100 meter pertama gradian mendaki pada kadar 9%
2. 100 meter kedua gradian mendaki pada kadar 10%
3. Lebihan meter seterusnya pada gradian yang berbagai seperti 6,7,8 peratus.
Ada penggemar sukan basikal yang tidak dapat menghabiskan dakian Bukit Antu dan ada juga yang terpaksa membuat kayuhan mendaki secara berhenti-henti untuk mengelak kekejangan otot.
Amiruddin Shah dan Redzwan Shah di puncak Bukit Antu
Kayuhan mendaki Bukit Antu