Saturday 21 December 2013

TANJUNG TUAN MELAKA

21 Disember 2013 - Membuat kayuhan dari Telok Kemang, Port Dickson melalui Pantai Purnama - Pantai Cermin - Pantai Lagun Biru - Pantai Tanjung Tuan menghala ke Rumah Api Tanjung Tuan, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Melaka.



Kayuhan menggunakan Bianchi Touring Backstreet Cross Terrain tahun 1980an dan Amiruddin membawa MTB jenama Silverback Saturn.



Perjalanan melalui persisir pantai merentas fizikal laluan  berbukit bukit, sebahagian laluan mempunyai gradian pendakian yang agak keterlaluan, kadangkala basikal terangkat tayar hadapannya.







Setelah berlegar legar sesat mencari jalan menuju ke Tanjung Tuan, Melaka akhirnya kami sampai setelah mendapati tiada tunjuk arah yang lengkap untuk kedistinasi tersebut dan agak tersembunyi dan terpencil. Sebenarnya laluan ke puncak Rumah Api Tanjung Tuan agak mendaki dan nyaman dilitupi oleh kanopi hutan. Bayaran masuk yang dikenakan ialah RM1.00 seorang. Kenderaan tidak dibenarkan kecuali basikal.










Maklumat berkaitan Rumah Api Tanjung Tuan adalah seperti termaktub dalam papan maklumat yang sempat dirakamkan dibawah.


Dalam perjalanan pulang, sempat beramah mesra dengan penggemar sukan basikal iaitu Encik Atan dan rakannya yang agak ramah menegur setiap kali bertembung dengan beliau (mohon maaf kerana terlupa namanya). Sesi bertukar tukar pandangan tentang sukan basikal berlanjutan selama 30 minit sebelum masing masing meneruskan tugas masing-masing.


Monday 9 December 2013

BIANCHI BACKSTREET CROSS-TERRAIN

8 Disember 2013 - Membuat ujian kayuhan Bianchi Backstreet Cross-Terrain klasik yang dibeli dari seorang pengayuh Vietnam dilebuhraya SKVE - Pulau Meranti - Putrajaya.
 
Secara ikhlasnya Bianchi Backstreet Cross-Terrain buatan Italy amat "smooth" melunjur dilaluan SKVE yang mana sekali sekala tidak sedar kelajuan mencecah 35km - 40km sejam walaupun  berat basikal tanpa peralatan  seperti botol air , tube, pump angin dan sebagainya ialah 13.5 kg.
 
Dalam perjalanan menghala ke Putrajaya, berjumpa rakan lama yang menunggang basikal bukit dari Pulau Meranti tetapi menggunakan "Euro Bar Extension". Kayuhannya relak sahaja dengan kelajuan stabil pada 15km sejam. Banyak perkara yang dibincangkan dalam perjalanan bersama. Beliau mengutarakan soalan kepada saya "Kenapa guna basikal besi lama sedangkan sekarang banyak basikal aluminium dan karben dengan teknologi baru". Saya senyum dan jawab "Kepuasan menunggang basikal klasik tidak dapat dijelaskan dengan ungkapan"....

Terima kasih kepada Joe kerana sudi memindah milik basikal ini kepada saya dan terima kasih kepada rakannya yang membantu saya dalam mendapatkan basikal ini untuk kegunaan saya.

Saya juga amat tertarik dengan sejarah Bianchi Backstreet Cross-Terrain buatan Italy ini yang telah lama bermastautin di Vietnam sebelum berhijrah dan bertuankan saya , warganegara Malaysia.
 
 
 




 

Monday 2 December 2013

SHIMANO HIGHWAY CHALLENGE (LEKAS) 2013

24 November 2013 - Kami sekeluarga menyertai Shimano Highway Challenge 2013. Jarak perlumbaan ialah 73km. Acara bermula pada jam 7.00 pagi, namun persediaan bermula pada jam 4.30 pagi. Acara melalui Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS), garisan permulaan dan tamat di tol LEKAS Kajang Selatan.
 
Laluan berbukit sederhana dengan ketinggian maksima lebih kurang 200 meter dari paras laut.
 


Kedua anak saya mendapat tajaan ikhlas dari Shimano Highway Challenge. Pelbagai cendera mata disediakan oleh pihak Shimano dan LEKAS berupa jersi, botol air buatan jerman, kad "Touch n Go", tuala dan lain-lain.
 
Makanan dan minuman yang disediakan agak menarik iaitu satay, buah-buahan, ais cream, milo, rebena, pisang.
 
Pihak penganjur juga menyediakan perkhidmatan urutan dan petugas siap sedia dengan semburan anti kejang otot di garisan penamat.
 
Amiruddin Shah (tangga 20 Junior)

Kejar 
 

Terpaksa mengejar peloton hadapan kerana agak terlambat semasa berlepas.