Monday 3 February 2014

KAYUHAN GANTIAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN

3 Februari 2014 - Sempena cuti gantian Hari Wilayah Persekutuan Malaysia, kami mengambil peluang membuat kayuhan dalam fenomena suhu di Malaysia yang menurun ke paras 17.8 darjah Celcius. Kayuhan awal pukul 7.00 pagi dengan suasana masih gelap dengan kedinginan dirasai kembali di tahun-tahun 1970an dimana Alam semulajadi masih kekal menghijau.

 Berkabus






Di awal tahun 1970an , ramai rakyat Malaysia bergantung kepada sungai untuk pelbagai aktiviti harian seperti membasuh, mandi-manda, memukat, memancing dan sebagainya disamping menggunakan perigi bagi yang berada jauh di hutan pendalaman. Ketiga ini air berada hampir diparas hampir beku dan amat sukar untuk mandi bagi yang perlu hadir sekolah sesi pagi.

Bagi yang perlu hadir sekolah sesi pagi terpaksa meredah hutan berbelas batu (sekarang km) dengan kedinginan dibasahi dek embun pagi. Tahukah anda bahawa kami warga tahun 1970an perlu bangun seawal jam 4.30 pagi kerana perlu bertolak ke sekolah seawal jam 5.00 pagi. Manakala aktiviti menoreh getah bermula seawal jam 3.00 pagi yang dikenali warga kampung sebagai MENYULUH yakni menggunakan pelita kabaid yang dilekatkan di kepala untuk menyuluh kawasan torehan pokok getah.

Kalau sekarang warga tahun 2000 terpaksa  mengadai nyawa dijalanraya untuk mencari nafkah, kami warga 1970an terpaksa bergadai nyawa dengan binatang buas meredah belantara untuk aktiviti sekolah, menoreh dan mencari hasil hutan untuk ditukar menjadi duit/wang.

Itulah apabila diimbaskan kembali kepada zaman lampau.....

Sunday 2 February 2014

MENCARI BUKIT

2 Februari 2014 - Membuat kayuhan 90km. Semasa membuat kayuhan bertemu dengan Daniel yang datang sejauh hampir 70km dari Klang, Selangor semata-mata untuk menikmati kayuhan Alam semulajadi di Hulu Langat, Selangor. Kami berborak panjang dalam kayuhan bersama dari Donglai mendaki Genting Peres. 

Kayuhan 90km - 100km bukanlah sesuatu yang sukar dalam sukan berbasikal. Semua penggemar sukan basikal mampu untuk melakukannya kerana ia bukan "pace" perlumbaan. Kayuhan hari ini mampu membakar kalori sebanyak 2800 kalori kerana ada menggunakan teknik berehat semasa mengayuh. Atas latihan demi latihan, kini kami tidak perlu untuk berhenti menikmati makanan dalam kayuhan kerana amalkan teknik rehat tersebut.

Anda juga mampu mencipta teknik-teknik kayuhan sendiri. Tidak semua teknik yang telah dicipta oleh mereka yang telah menjadi lagenda sesuai untuk diamalkan oleh kita kerana manusia dicipta dengan banyak perbezaan dari segi fizikal, kekuatan kapasiti jantung dan lain-lain. Namun begitu kejayaan teknik-teknik terdahulu boleh di adaptasi dlam teknik-teknik ciptaan kita sendiri.






KAYUHAN KELUARGA

1 Februari 2014 - Membuat kayuhan keluarga dari bukit tinjau - Bukit Antu - Jalan Putus Tekala/Donglai - Bukit Antu-Bukit Tinjau. Kayuhan dimulakan pada jam 7.30am dengan suhu dipaparkan pada Garmin Edge800 adalah 17.8  Celcius. Untuk orang Malaysia kayuhan pada suhu 17.8 Celcius agak mengigil dan teknik kayuhan secara cadence tinggi dapat membantu dari kekejangan.

Orang Malaysia kini dilihat semakin mencintai senaman secara berkeluarga. Dalam kayuhan mendaki Bukit Antu, saya beramah mesra dengan Encik Abu Bakar dan isteri beliau Puan Zuraidah. Seronok melihat kayuhan keluarga dikalangan masyarakat Malaysia. Seronok dapat kawan baru dan mengekalkan kawan-kawan lama dalam sukan basikal.

Penghormatan kepada mereka kerana mampu menghabiskan dakian bukit Antu yang gradian memcecah 9.7% di beberapa tempat.