Tuesday 12 November 2013

MTB GUNUNG NUANG

10/11/2013 - Hujan lebat dan laluan mendaki Gunung Nuang berlumpur dan licin. Namun atas semangat kesukanan ahli GMDLCC meneruskan agenda yang telah dirancang untuk menawan Gunung Nuang dengan basikal bukit.
 
Fizikal laluan Gunung Nuang memang amat mencabar untuk aktiviti basikal bukit diwaktu hujan. Terdapat pelbagai rintangan seperti cerun laluan yang amat curam, berlumpur dan licin, batu batan dilaluan yang licin dan berbahaya, pacat dan sebagainya.
 
Disebabkan suhu badan yang sejuk akibat dibasahi hujan dan penggunaan tenaga yang banyak melawan laluan yang licin, ahli GMDLCC begitu berselera menjamah 2 bungkus nasi lemak seorang yang ditaja oleh saya.
 
Apa pun cabarannya dalam aktiviti ini, saya merakamkan perasaan gembira dan puas berbasikal bukit bersama ahli GMDLCC.