Saturday 29 December 2012

PUTRAJAYA - 70KM

30/12/2012 - Membuat kayuhan bersama keluarga di Putrajaya. Cuaca sekitar 23.1 darjah Celcius. Kayuhan bermula pada jam 7.30 pagi. Sampai di Putrajaya sekitar jam 6.45 pagi. Terdapat ramai kumpulan pengayuh basikal lipat, basikal bukit dan basikal lumba berkumpul di tempat letak kereta hadapan PICC. Kami berjumpa dan bertukar tukar fikiran dan kemudian membuat kayuhan masing-masing kerana laluan kayuhan kami tidak sama.
 
Kami membuat kayuhan sekitar 35km sejam kerana laluan Putrajaya agak mendatar kecuali sekali sekali mendaki beberapa bukit seperti bukit banggang dan sedikit "rolling". Matlamat kami ialah untuk membiasakan diri dengan laluan mendatar dan "rolling" kerana kebiasaannya kami gemar membuat kayuhan di kawasan berbukit bertujuan untuk menguatkan otot badan.


Kayuhan bersama keluarga dapat mengerat ikatan kekeluargaan.....
Gunalah anugerah kesihatan yang yang ada untuk membahagiakan keluarga....
Kebahagiaan keluarga itu tidak dapat dinilai dalam bentuk harta benda atau kekayaan....

Sesungguhnya apabila kita HILANG KEUPAYAAN keluarga lah yang AKAN BERSAMA KITA...kerana merekalah rakan ketawa semasa senang dan RAKAN ketawa bersama kita semasa susah.....

Rebutlah peluang ini sebelum TERLAMBAT....
 
 Jambatan Tulang Ikan
 
 Jambatan hadapan PICC


Bangunan PICC

Mendaki bukit Bangang 

Mendaki Bukit Bangang... 

Mendaki Bukit Bangang... 

 Tasik

 Pemandangan membelakangkan boat

Bangunan Pentadiran Putrajaya 
 
 
Masjid Putrajaya
 
 
 
 

Monday 24 December 2012

GENTING PERAS 25 DISEMBER 2012

25-12-2012 : Membuat kayuhan di Genting Peras disamping mentauladankan kepada  Encik Ramli Othman membuat kayuhan pada kelajuan 30km sejam dalam peloton.
 
Membuat pecutan mendaki 1 km akhir puncak genting melibatkan Amiruddin Shah, Redzwan Shah dan Haparizan Abdul Wahad pada kelajuan 30km sejam.
 
Secara amnya, kayuhan pada 25-12-2012 melebihi 35km sejam semasa "drafting" menuju ke batu 18, Hulu Langat, Selangor. Meter basikal kerapkali mencecah 38 - 41km sejam semasa "drafting" menuju ke batu 18, Hulu Langat, Selangor.
 




 

BUKIT TINJAU,HULU LANGAT, SELANGOR

24-12-2012 : Membuat kayuhan mendaki bukit Tinjau, Hulu Langat, Selangor. Kawasan pendakian ini agak menarik dan menjanji kawasan pendakian semasa pergi dan balik. Walaupun fizikal pendakian agak tinggi tetapi bagi pengayuh yang telah biasa dengan Genting Peres, Bukit Titi, Bukit Lenggeng, Bukit Mandom dan juga bukit Tangga mendapati bahawa bukit Tinjau agak mudah bagi mereka.

Maklumat yang dapat dikongsikan dengan pembaca ialah pendakian dari batu 14, Hulu Langat ke Ampang lebih mencabar berbanding dengan laluan dari Ampang menghala ke batu 14.

Walaupun pendakian agak tinggi tetapi jarak dakian sekitar 500 meter setiap dakian kemudian mendatar dalam 50 meter sebelum mendaki semula sekitar 300 - 500 meter begitu tidak memenatkan.





 

Thursday 13 December 2012

COLNAGO MASTER

Sependapat dengan rakan-rakan Colnago Master yang lain iaitu Frame Colnago Master X light adalah "Perfect balance between stiffness, responsiveness and long ride comfort. Beautiful in every way. Italian...Great handling and very good acceleraing bike that is comfortable to ride all day long."

"...I've used this bike for about a year now and it seems to ride better with age. It climbs and decends like you would except from a racing bike. The bike weighs in at about 18lbs which is not the lightest bike out there but the ride makes up for it. Overall this is the best road frame I have ever owned I have ridden Cannondales and Trek OCLV's they just do not compare to the Master Light."













Wednesday 12 December 2012

PERLUMBAAN BROGA REVERSE 116

9 Disember 2012 - Mengambil peluang membuat kayuhan Broga Reverse 116. Antara yang hadir dalam acara lumba basikal ini ialah Anuar Manan. Atas faktor usia saya bukanlah pencabar kepada Anuar Manan tetapi berbangga dapat berlumba dengan pengayuh Champion System berpangkalan di Hong Kong ini. Laluan ini adalah antara beberapa laluan yang  begitu mencabar di Malaysia.




Bersama team GMDLCC

Garisan Permulaan

Menghala ke garisan penamat

Redzwan dan Amiruddin

Hadiah - Jam Seiko Hardlex Cristal

 Medal Broga Endurance