Sunday, 22 September 2013

SANTAI BUKIT HANTU

September 2013 - Ini adalah gambaran jelas tentang Bukit Hantu, Hulu Langat, Selangor. Kelajuan mendaki sekitar 10 -15 km/j , tetapi ramai yang mendaki sekitar 4 - 5 km/j. Bagi yang menggunakan "cassette 32" memang dapat meningkat kelajuan semasa mendaki.
 
Namun begitu ada yang menggunakan "cassette 25" untuk mendaki Bukit Hantu dan saya melihat mereka melepasi puncak Bukit Hantu dengan penuh semangat kesukanan. Saya melihat mereka memiliki fizikal luaran dan dalaman yang cukup sihat dan cergas.
 
Sebenarnya semua jenis fizikal mukabumi untuk sukan basikal ada di Hulu Langat, Selangor. Jemput-jemput lah dating untuk mencuba.