Sunday, 5 January 2014

BUKIT HANTU [PERGI DAN BALIK]

4 - 5 Januari 2013 -Membuat kayuhan melalui Bukit Hantu, Hulu Langat, pergi dan balik yg ketinggian mendaki mencecah 9.5 gradien. Kayuhan bermula jam 6.45am dari Bukit/Menara Tinjau - Bt.14 - Bukit Hantu - Genting peres - 1/2 bukit TITI - Jalan Putus - Bukit Hantu - Bt.14 - Bukit/Menara Tinjau dengan jarak 85km.

Keindahan Alam Semulajadi/Kabus di Puncak Bukit Antu

Kayuhan dan Pemakanan perlu seimbang

Kayuhan mendaki laluan ini mengambil masa kurang dari 2 jam. Semasa kayuhan pulang kami mengambil peluang untuk berehat dan menikmati kabus dipuncak Bukit Hantu sambil menegur sapa rakan-rakan kayuhan yang lain.

Amalan sebelum ini ialah kami akan singgah untuk bersarapan dalam perjalanan pulang dari kayuhan. Tetapi untuk mengelakkan rencah atau ramuan segera dalam makanan yang berfungsi menyedapkan makanan, kami mengambil langkah-langkah kesihatan jangka panjang dengan mengelak makanan dijalanan kecuali amat memerlukan.

Matlamat utama kayuhan ialah untuk membakar kalori, membuang lemak, kardiovascular yang sihat. Namun tanpa amalan pemakanan yang sihat ianya akan menjadi sia-sia. Dengan kaedah mengelak makanan dengan rencah tiruan yang berterusan dapat dirasai menjana kesihatan yang lebih sihat dan cergas.

Kalau dulu, kayuhan demi kayuhan yang dibuat tidak menjamin penurunan berat badan dan kekuatan otot juga sendi-sendi, namun selepas amalan mengelak makanan berencah tiruan, penurunan berat badan menurun dan stabil, otot-otot semakin sihat dan sendi-sendi tidak mengalami lenguh-lenguh walaupun membuat dakian atas 9.5 gradien.


Semasa mendaki Bukit Hantu menghala ke Batu 14 dari 1/2 Bukit Titi untuk pulang sekitar jam 8.00 am, kami terserempak dengan beberapa rakan kayuhan yang sedang membaikpulih basikal akibat Fd tidak berfungsi dengan baik. Kami cuba membantu tetapi dapat ditanggani oleh mereka dengan baik.



Demikianlah serba sedikit ilmu yang dapat dikongsikan bersama dalam dunia kayuhan.

-Sekian. Terima kasih -

BENTONG - TRANUM - FRASER - TRANUM - BENTONG

25 Disember 2013 - Membuat kayuhan bersama rakan-rakan GMDLCC melalui laluan Bentong - Tranum - Fraser - Tranum - Bentong yang mengikut meter Encik Mohd Fairus adalah sejauh 129km. Kenderaan bantuan di sediakan oleh Encik Mike Kobess.

Kayuhan dipecahkan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan remaja mendahului dan diawasi oleh Encik Ibrahim Ishak, manakala kumpulan kedua di awasi oleh Encik Mohamad Nizam Hussin dan Encik Mike Kobess.

Semasa melalui laluan sempit 8km ke puncak Fraser, tayar basikal Mohamad Redzwan Shah melanggar batu tajam semasa mengelak kenderaan menyebabkan terkoyak dan tube pecah sehingga mengeluarkan bunyi letupan. Beliau dibantu oleh Encik Mohd Fairus dan Encik Ismail Putera.  Tiba dipuncak Fraser Encik Mohd Fairus meminjam tayar Maxxis simpanan beliau.

Laluan menghala ke Fraser hanyalah dua lorong dengan sudut "blind spot" kepada kenderaan, oleh itu pengayuh basikal perlu mengambil langkah berhati-hati semasa melaluinya.

 Pengalaman dari Encik Fairus

 Dipuncak Fraser

 Jambatan Fraser

 Gap Fraser

 Masjid Bentong

 Jam Fraser

 Shairulazwan (kiri) semasa di Gap turun Fraser

 OTAI dan Orang baru

 {kiri) Mike Kobess, Ismail Putera dan Ibrahim Ishak [Penghulu Peres]

Jauh lagi perjalanan

Haji Bahari dan Ibrahim Ishak