Saturday, 29 December 2012

PUTRAJAYA - 70KM

30/12/2012 - Membuat kayuhan bersama keluarga di Putrajaya. Cuaca sekitar 23.1 darjah Celcius. Kayuhan bermula pada jam 7.30 pagi. Sampai di Putrajaya sekitar jam 6.45 pagi. Terdapat ramai kumpulan pengayuh basikal lipat, basikal bukit dan basikal lumba berkumpul di tempat letak kereta hadapan PICC. Kami berjumpa dan bertukar tukar fikiran dan kemudian membuat kayuhan masing-masing kerana laluan kayuhan kami tidak sama.
 
Kami membuat kayuhan sekitar 35km sejam kerana laluan Putrajaya agak mendatar kecuali sekali sekali mendaki beberapa bukit seperti bukit banggang dan sedikit "rolling". Matlamat kami ialah untuk membiasakan diri dengan laluan mendatar dan "rolling" kerana kebiasaannya kami gemar membuat kayuhan di kawasan berbukit bertujuan untuk menguatkan otot badan.


Kayuhan bersama keluarga dapat mengerat ikatan kekeluargaan.....
Gunalah anugerah kesihatan yang yang ada untuk membahagiakan keluarga....
Kebahagiaan keluarga itu tidak dapat dinilai dalam bentuk harta benda atau kekayaan....

Sesungguhnya apabila kita HILANG KEUPAYAAN keluarga lah yang AKAN BERSAMA KITA...kerana merekalah rakan ketawa semasa senang dan RAKAN ketawa bersama kita semasa susah.....

Rebutlah peluang ini sebelum TERLAMBAT....
 
 Jambatan Tulang Ikan
 
 Jambatan hadapan PICC


Bangunan PICC

Mendaki bukit Bangang 

Mendaki Bukit Bangang... 

Mendaki Bukit Bangang... 

 Tasik

 Pemandangan membelakangkan boat

Bangunan Pentadiran Putrajaya 
 
 
Masjid Putrajaya
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment