8 Disember 2013 - Membuat ujian kayuhan Bianchi Backstreet Cross-Terrain klasik yang dibeli dari seorang pengayuh Vietnam dilebuhraya SKVE - Pulau Meranti - Putrajaya.
Secara ikhlasnya Bianchi Backstreet Cross-Terrain buatan Italy amat "smooth" melunjur dilaluan SKVE yang mana sekali sekala tidak sedar kelajuan mencecah 35km - 40km sejam walaupun berat basikal tanpa peralatan seperti botol air , tube, pump angin dan sebagainya ialah 13.5 kg.
Dalam perjalanan menghala ke Putrajaya, berjumpa rakan lama yang menunggang basikal bukit dari Pulau Meranti tetapi menggunakan "Euro Bar Extension". Kayuhannya relak sahaja dengan kelajuan stabil pada 15km sejam. Banyak perkara yang dibincangkan dalam perjalanan bersama. Beliau mengutarakan soalan kepada saya "Kenapa guna basikal besi lama sedangkan sekarang banyak basikal aluminium dan karben dengan teknologi baru". Saya senyum dan jawab "Kepuasan menunggang basikal klasik tidak dapat dijelaskan dengan ungkapan"....
Terima kasih kepada Joe kerana sudi memindah milik basikal ini kepada saya dan terima kasih kepada rakannya yang membantu saya dalam mendapatkan basikal ini untuk kegunaan saya.
Saya juga amat tertarik dengan sejarah Bianchi Backstreet Cross-Terrain buatan Italy ini yang telah lama bermastautin di Vietnam sebelum berhijrah dan bertuankan saya , warganegara Malaysia.

No comments:
Post a Comment